e-Staff

 

 

TEMUDUGA

TEMUDUGA

SYARAT KELAYAKAN

 

  1. Pemohon hendaklah berumur 13 tahun ke atas dan telah tamat pengajian di sekolah rendah atau setaraf dan tidak melebihi 21
  2. Mempunyai daya ingatan yang kuat, berminat dan mempunyai kesungguhan.
  3. Boleh membaca al Quran dengan baik dan lancar.
  4. Boleh membaca dan menulis jawi.
  5. Berakhlak mulia dan bersifat taat.
  6. Mendapat keputusan yang baik atau sekurang-kurangnya 2A dalam peperiksaan UPSR.
  7. Pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan (fakir/miskin) yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan juga diterima.
  8. Lulus temuduga oleh pihak Madrasah Miftahul Ulum Seri Petaling.
  9. Pihak ibubapa dan pemohon bersedia untuk patuh kepada tatatertib dan undang-undang yang ditetapkan oleh pihak madrasah.

 

ANDA DIKEHENDAKI MEMBAWA BERSAMA:

- SALINAN KAD PENGENALAN ATAU SURAT BERANAK.

- SURAT SOKONGAN SEKOLAH ATAU MADRASAH TERDAHULU.

- KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEKOLAH TERDAHULU.

- SATU SALINAN BAGI SETIAP SIJIL DAN DOKUMEN.

- 2 KEPING GAMBAR TERBARU (BERUKURAN PASSPORT).

Keterangan kepada yang berminat:

  1. Tuan/puan hendaklah mengisi borang permohonan kemasukan pelajar secara ONLINE dan membawa bersama pemohon dan dokumen yang berkenaan untuk hadir pada sesi temuduga.
  2. Asrama dan semua kemudahan asas disediakan oleh pihak madrasah.
  3. Keperluan dan kelengkapan lain akan dimaklumkan kepada tuan/puan sekiranya permohonan anak tuan diterima.
  4. Makan/minum harian akan disediakan oleh pihak madrasah.

Semoga penyertaan anak-anak tuan/puan akan melahirkan para Dai’ dan Ulama yang berwibawa dan bertakwa. Melalui pengetahuan ilmu yang mantap dan tarbiah dan bimbingan dalam mengamalkan kehidupan yang berasaskan al-Quran dan Sunnah akan berkemampuan untuk menyumbangkan tenaga dalam pembangunan rohani dan jasmani umat seluruh dunia.

 

Madrasah Miftahul Ulum
Jalan 3/149J, Bandar Baru Seri Petaling
57000 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
 Tel: 603-9054 1752
Fax: 603-9059 5063
  Waktu Urusan:
Isnin-Jumaat 8:30am-11:30am | 2:30pm - 4:30pm
Sabtu 8:30am -11.30am