e-Staff

 

 

TEMUDUGA

TEMUDUGA

SYARAT KELAYAKAN

 

  1. Pemohon hendaklah berumur 13 tahun ke atas dan telah tamat pengajian di sekolah rendah atau setaraf dan tidak melebihi 21
  2. Mempunyai daya ingatan yang kuat, berminat dan mempunyai kesungguhan.
  3. Boleh membaca al Quran dengan baik dan lancar.
  4. Boleh membaca dan menulis jawi.
  5. Berakhlak mulia dan bersifat taat.
  6. Mendapat keputusan yang baik atau sekurang-kurangnya 2A dalam peperiksaan UPSR.
  7. Pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan (fakir/miskin) yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan juga diterima.
  8. Lulus temuduga oleh pihak Madrasah Miftahul Ulum Seri Petaling.
  9. Pihak ibubapa dan pemohon bersedia untuk patuh kepada tatatertib dan undang-undang yang ditetapkan oleh pihak madrasah.

 

ANDA DIKEHENDAKI MEMBAWA BERSAMA:

- SALINAN KAD PENGENALAN ATAU SURAT BERANAK.

- SURAT SOKONGAN SEKOLAH ATAU MADRASAH TERDAHULU.

- KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEKOLAH TERDAHULU.

- SATU SALINAN BAGI SETIAP SIJIL DAN DOKUMEN.

- 2 KEPING GAMBAR TERBARU (BERUKURAN PASSPORT).

Keterangan kepada yang berminat:

  1. Tuan/puan hendaklah mengisi borang permohonan kemasukan pelajar secara ONLINE dan membawa bersama pemohon dan dokumen yang berkenaan untuk hadir pada sesi temuduga.
  2. Asrama dan semua kemudahan asas disediakan oleh pihak madrasah.
  3. Keperluan dan kelengkapan lain akan dimaklumkan kepada tuan/puan sekiranya permohonan anak tuan diterima.
  4. Makan/minum harian akan disediakan oleh pihak madrasah.

Semoga penyertaan anak-anak tuan/puan akan melahirkan para Dai’ dan Ulama yang berwibawa dan bertakwa. Melalui pengetahuan ilmu yang mantap dan tarbiah dan bimbingan dalam mengamalkan kehidupan yang berasaskan al-Quran dan Sunnah akan berkemampuan untuk menyumbangkan tenaga dalam pembangunan rohani dan jasmani umat seluruh dunia.

 

Yuran

Maklumat Yuran Madrasah

Yuran Pendaftaran (Sekali Sahaja) : RM200

Yuran Bulanan : RM300 - Dibayar setiap 1 - 5 haribulan setiap bulan.

Yuran Asrama : RM10 - Dibayar sekali setiap tahun pada permulaan sesi pengajian baru (Syawal)

Yuran Sistem : RM15 - Dibayar sekali setiap tahun pada permulaan tahun Masihi (Januari).

Taqwim 2019

Temuduga Pengambilan Pelajar Baru: 01 @ 02 Februari 2019 / 26 @ 27 Jumadil Awwal 1440H

Persiapan Peperiksaan Semester Akhir (Syawal 1439H) : 07 Mac 2019 sehingga 13 Mac 2019 / 30 Jumadil Akhir 1440H sehingga 05 Rejab 1440H

Peperiksaan Semester Akhir (Syawal 1439H) : 14 Mac 2019 sehingga 27 Mac 2019 / 06 Rejab 1440H sehingga 20 Rejab 1440H

Majlis Khatam Bukhari & Penyampaian Sanad : 28 Mac 2019 / 23 Rejab 1440H

Keluar 40 Hari* : 19 April 2019 / 13 Sya'aban 1440H

Cuti Hari Raya Aidilfitri: 30 Mei 2019 (9:00 pagi) sehingga 16 Jun 2019 (Asar) / 25 Ramadhan 1440H sehingga 12 Syawal 1440H

Pendaftaran Pelajar Baru: 24 Jun 2019 / 20 Syawal 1440H

Cuti Hari Raya Aidil Adha: 08 Ogos 2019 (Asar) sehingga 19 Ogos 2019 (Asar) / 07 Zulhijjah 1440H sehingga 18 Zulhijjah 1440H

Persiapan Peperiksaan Semester Pertama (Syawal 1440H):  23 Oktober 2019 sehingga 27 Oktober 2019 / 24 Safar 1441H sehingga 28 Safar 1441H

Peperiksaan Semester Pertama (Syawal 1440H): 28 Oktober 2019 sehingga 05 November 2019 / 29 Safar 1441H sehingga 08 Rabiul Awwal 1441H

Cuti Pertengahan Tahun (Syawal 1440H): 30 November 2019 (8:00 am) sehingga 09 Disember 2019 (8:00 pagi) / 03 Rabiul Akhir 1441H sehingga 12 Rabiul Akhir 1441H

 

 *Tertakluk kepada perubahan.

**Sekiranya tarikh masihi dan tarikh hijri tidak bertepatan maka yang diambil kira ialah tarikh masihi.

 Perhatian :

Pelajar yang pulang dengan pesawat, waktu penerbangan hendaklah sekurang-kurangnya 3 jam selepas waktu cuti madrasah bermula.

 

 

Madrasah Miftahul Ulum
Jalan 3/149J, Bandar Baru Seri Petaling
57000 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
 Tel: 603-9054 1752
Fax: 603-9059 5063
  Waktu Urusan:
Isnin-Jumaat 8:30am-11:30am | 2:30pm - 4:30pm
Sabtu 8:30am -11.30am